Wednesday, April 29, 2009

kejora cinta

Perjalanan ini telah menjadi sukar
Kerana terpijak duri-duri kesakitan
Kerana mengharung lumpur kehinaan
Hingga diri lemas
Tenggelam dalam nikmat keduniaan

Ujian semakin mendatang
Kubu kekuatan semakin terhakis
Gelora nafsu membuak gila
Kejoran cinta merintih hiba

Dosa yang banyak, sangat membimbangkan
Kesalahan semakin banyak menodai
Keaiban tidak terkira andai dihitungkan
Bertaubat jarang sekali

Sejak kecil aku mengenalmu, tiada yang lain
Janganlah aku dihampakan
Meskipun akalku tidak kesampaian
Kalau nanti tiba ajalku
Moga aku beruntung tiada kerugiaan

No comments:

Post a Comment