Thursday, April 30, 2009

Khilaf Cinta Syiah

Bila terlalu cinta, emosi mula melanda
Ibarat ular yang melilit mangsa
Seputar aura dirasa
Semangat meronta gila

Kekuatan Ali dijadikan sandaran
Hingga yang lain menjadi kebencian
Tidak sedar dalam kesesatan
Hidup penuh kepura-puraan

Betapa Kasih Nabi pada Sahabat
Namun mereka menyatakan sebaliknya
Dalil yang ada dikoyak
Fatwa mereka dipuja-puja

Umpama tikus membaiki labu
Rosak serosaknya
Kasih yang ada di salah guna
Cinta yang terbit diputar belit

Ibarat bermain congkak
Lagi dilontar lagi memekik
Andai sudah tiba ajal
Moga mati memperoleh tauhid



# sajak ker, ntahla..xreti sangat.hehe
aku buat time tengah study qawaid, tu pun x sampai 3 minit..
Doakan la moga aku boleh jawab exam nanti..ameen #

Blog Aku

Lusa aku ada last paper, Qawai Tafsir. Killer papper tu, tapi xpala sekurang2nya aku dah break lama..lagi 2 hari jugakla aku akan menamatkan pembelajaran di Universiti Malaya.

Ada yang tanya, kenapa khilaf cinta, yerla sebenarnya ni lah tajuk untuk novel aku (perasan pulak),hehe...betul,aku dah mula tapi x dapat jugak nak habiskan..biarlah ia menjadi cita2 aku untuk buat juga novel pada satu hari nanti. mungkin sebaik Ramlee Awang Mursheed..ameenn...

Blog aku ini masih xdak identiti, ntahla..huhu...aku x seilmiah asqalani.blogspot.com dalam menghurai fakta ataupun membidas sesiapa.. aku juga x segarang ikhwan85.blogspot.com dalam menegakkan fakta melawan syiah musuh negara... ni tagline baru dia..

study dah nak habis, seronok bila pikir dah nak keje n xbest bila dah keje nanti xlehla bangun tido lewat dah.. banyak kenangan di uM ni, suka dan duka..bila ingat part happy, boleh jer tergelak sorang2.. bila part xhappy, ntah...no komen..
aku rasa, cukuplah untuk pengenalan blog aku ini..hehe...sementara aku akan fikir artikel untuk seterusnya..salam..

Wednesday, April 29, 2009

kejora cinta

Perjalanan ini telah menjadi sukar
Kerana terpijak duri-duri kesakitan
Kerana mengharung lumpur kehinaan
Hingga diri lemas
Tenggelam dalam nikmat keduniaan

Ujian semakin mendatang
Kubu kekuatan semakin terhakis
Gelora nafsu membuak gila
Kejoran cinta merintih hiba

Dosa yang banyak, sangat membimbangkan
Kesalahan semakin banyak menodai
Keaiban tidak terkira andai dihitungkan
Bertaubat jarang sekali

Sejak kecil aku mengenalmu, tiada yang lain
Janganlah aku dihampakan
Meskipun akalku tidak kesampaian
Kalau nanti tiba ajalku
Moga aku beruntung tiada kerugiaan