Thursday, November 19, 2009

1 Malaysia

Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah
Menunai janji

Ayuhlah,
Rakan dan taulan
Sahabat dan saingan
Lupakan beza lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan
Kita melangkah sehaluan
1 suara
1 impian
1 harapan
1 Malaysia


Y.A.B DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

No comments:

Post a Comment