Thursday, July 2, 2009

Biduk yang berlalu....

hari ini, aku masih disini
menatap jendela sunyi,
angin pagi yang bertiup,
membawa haruman kasturi,
sedang hati, hambar...
kosong, mengharap nur Ilahi...

di kesempatan yang ada, aku menulis apa yg termampu. bukan kerana terpaksa atau hanya untuk memenuhkan blog yg semakin tidak mampu untuk dikemaskini. pekerjaan sekarang menghambat segala waktu, setiap hari ada saja aktiviti, sbg orang baru apa lagi yang mampu dirungut melainkan hanya mampu mengikut.

hajat untuk pulang sebentar ke kg halaman terpaksa dibatalkan, 3 minggu berturut-turut ada program yang mengisi.namun inilah realiti, saat waktu senggang dahulu tidak mungkin akan kembali. perjalanan sebagai hamba sudah menampakkan anak tangganya. mungkin berbeza halaman, aku mungkin tidak sekapal dengan sahabat yg lain. terpaksa melawan arus seketika untuk mengenal tembok yang selama ini cukup dikecam.

sekali lagi jiwa hamba ini bertanya, bilakah masa aku mampu merubah. menjadi manusia yang berguna pada agama dan bangsa. memikul amanah dan tanggungjawab tidaklah semudah yang disangka.andai biduk berlalu, mampukah kiambang bertaut....

No comments:

Post a Comment